Wednesday, March 19, 2008

" NOW DANIA IS ........ "

Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu.....Kini anakku dania sudah pun mencecah usia hampir setahun setengah.Melihat perkembangannya yang berlaku di depan mata, membuatkan aku makin menyayanginya sepenuh hati...Bertapa bertuahnya aku rasakan menjadi seorang ibu kini....Syukur alhamdulillah di atas kurniaan Mu. Moga2 anakku dania akan menjadi seorang insan yang cemerlang, mentaati ibubapa serta menjadi anak yag solehah pabila besar nanti ..amin.Namun apa yag ingin ku katakan di sini bahawa dania kini sudah boleh :-

1) Berjalan sepenuh hati ke sana ke mari mcm dunia ni dia yang punya....hinggakan mama pun xboleh nak kawal dia..huhuhulol
2) Dah boleh cakap of course PAPA MAMA,pastu BUAH, BUAI, KAKAK, CAT, BIRD, IKAN, OPAH,
3) Dah boleh panjat sendiri kerusi meja makan aku kt umah tu..Kalau kusyen pun dah leh naik turun dah
4) Pandai tukar channel tv sendiri
5) Kalau kita suruh dia amik apa2 dah boleh di suruh and paham apa yang kita cakap
6) Kalau pegang bedak dh pandai sapu sndiri kt bdn
7) Sudah berminat pada nombor & huruf..Conteng2 pun dah pandai...sampai dinding rumah aku kini dh mula nampak kesan2 contengan anak dara aku
sorg ni....tulunnnnnn...abih dinding umah mama comot dah wink
8) Suka masuk bilik air main air..kadang2 risau gak kalau aku x sedar dia masuk sorg2..bahaya.
9) Suka campak baju2 dia yang aku dh basuh ke dalam bilik air...abis balik baju tu basah semula & nmpknya mama kenala basuh balik
10) Memandangkan dania memang dari kecik smpai la ni memang membesar depan mata aku & memang dh rapat dengan aku berbanding ngn papa
dia...So,kalau kt rumah ni aku xder je depan mata dia..dia akan menangis sekuat2nya.Kadang2 tu aku nk masuk toilet sekejap je pun dia dh ketuk2
pintu toilet tu kuat2+nangis tersedu2.Ermmm..nampaknya susah aku nak keje mcm nih wink
11) Dah pandai nk makan gula2 sugus...mentang2 dh bnyk gigi..dia sedap kunyah

Nampaknya buat masa sekarang tu je yang aku ingat tentang apa yang dania dah pandai lakukan..Nanti aku tambah2 lagi...Oklah,cukup dulu sampai sini...cau cin cauuuuuu.


No comments: