Friday, September 14, 2007

" BULAN RAMADHAN YANG MULIA "

Ermmm...hari ini merupakan hari pertama semua umat islam berpuasa,alhamdulillah aku masih lagi sihat dan bertenaga dalam mengerjakan ibadah puasa untuk tahun ni....cuma bezanya tahun lepas aku hanya berpuasa bersama suami tercinta dan kali ini di bulan ramadhan aku terpaksa meluangkan masa bersama anak tersayang dengan melayani karenah2nya di siang hari.Mlm td aku kunci jam pukul 4pagi utk bangun sahur....rasanya masak je lah apa yang patut.Memandangkan ini sahur yang pertama,selera makan masih ader walaupun bertemankan lauk pauk yang simple.Mungkin sahur2 yang seterusnya aku dah x selera sgt nk menjamah mknan....tapi xper yang penting kita bangun bersahur boleh dapat pahala. Juadah berbuka ptg ni x plan lg nk mkn apa, rasanya nk ajak hubby pi bazar ramadhan untuk melihat makanan2 yang rasa terliur untuk dimkn;) Oleh kerana ni hari pertama berpuasa pasti di bazar ramadhan makanan masih fresh lagi;) Oklah,nak rehat2 sat...kita sambung lagi nanti next ceriter....bubuyyyy

Kepada semua umat islam "SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA"

No comments: